Saturday, February 20, 2010

Lima cara syukuri nikmat




Sekiranya kita dapat sesuatu yang di kurniakan oLeh Allah kita haruslah bersyukur segala nikmat yang diberi.....pada kali ni kita tgok bagaimana bentuk syukur yang kita harus lakukan.....

terdapat 5 cara mensyukuri nikmat iaitu :-

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Dengan itu, kita perlu la sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan supaya kita tidak lupa segala yang dikurniakan adalah dari ALLAH..

Thursday, February 11, 2010

Koleksi Dayana (Idola Kecil 2)

Hari nie aku nak tunjukkan bakat2 Dayana iDola Kecil 2....cute sangat..i Like her...baru umo 10 tahun...tp suara fuhhh..!!mcm org dah lame nyanyi...mmg wajib pon dye menang....ok Jom kite layan Video2 dye ok....have fun...!! (^^,)


DAYANA DALAM PERTANDINGAN BINTANG KECIL 08'




DAYANA - I WILL SERVIVE





DAYANA- AYAT-AYAT CINTA




JUARA..!!!! DAYANA...




Ok tu je yang leh saya tunjukkan...comel kan...sweet..ok la bYe....

Monday, February 8, 2010

Inovasi Bedak Sejuk.



Dalam setiap perincian menjaga kecantikan, wanita amat menitikberatkan produk atau bahan yang mampu memberikan kesan secara maksimum. Biasanya produk yang tidak mengandungi bahan kimia menjadi pilihan kerana risiko alahan agak kecil. Justeru itu, Moden vs Tradisional kali ini menampilkan produk kecantikan yang masih mendapat tempat di hati golongan wanita iaitu bedak sejuk.

Sebelum kewujudan produk-produk kecantikan moden, golongan wanita menggunakan bedak sejuk untuk mengekalkan kecantikan wajah. Tetapi sehingga ke hari ini, ia masih digunakan lagi tetapi diberi suntikan nafas baru terhadap bahan kandungannya.

TRADISIONAL:

Jika dahulu, bedak sejuk dihasilkan menggunakan beras yang dimasak sehingga menjadi nasi. Kemudian ia dilenyek sehingga hancur lumat. Setelah itu, nasi yang telah dilenyek hancur itu dikeringkan sehingga menjadi kepingan-kepingan halus. Untuk menggunakannya, kamu perlu menambah sedikit air sebelum disapu rata pada wajah kamu. Dalam zaman yang serba moden ini, pelbagai produk telah melalui inovasi termasuk bedak sejuk. Inovasi telah menjadikan bahan kandungan bedak sejuk lebih berkualiti.

MODEN:

Kecanggihan teknologi telah mengubah cara penghasilan dan bahan kandungan bedak sejuk. Yang terdapat di pasaran kini, rata-ratanya dihasilkan melalui kecanggihan teknologi untuk memprosesnya. Dari segi bahan kandungan pula, terdapat bedak sejuk yang dicampurkan dengan susu kambing dan sebagainya membuatkan bedak sejuk tetap menjadi pilihan golongan wanita yang tidak suka memilih produk kecantikan yang dihasilkan dengan bahan kimi

Wednesday, February 3, 2010

Siapa Takbur Dia Dikeji

Mansur bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah;

* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tdak akan peduli keaiban orang lain.
* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.
* Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.
* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.
* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).
* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
* Sesipa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
* Sesiapa yang tidak menggunaka akalnya, dia akan dihina.
* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara),dia akan berasa jemu.
* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati
* Sesiapa yang tahu ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
* Sesiapa yang bersahabat dengan oramg rendah akhlak, dia dipandang hina.