Tuesday, March 30, 2010

Khasiat Buah Pisang

Jom kita Tengok ape khasiat makan pisang......kita makan je..tp khasiatnya...x tau kannn....so jom kita layan ape khasiatnya....


Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine’, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Wednesday, March 3, 2010

ciri-ciri wanita solehah

Pada hari nie saya nak kongsi dengan kekawan ciri-ciri wanita yang solehah...so sy akan senaraikan ciri-ciri wanita solehah...moga-moga kita akan menjadi wanita yang solehah dan dapat menaikkan martabat wanita. Selain tu, dapat juga dijadikan sebagai renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina rumahtangga muslim yng bahagia...antaranya ialah :-

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…”Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana- mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al- A’raar:26)

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Saturday, February 20, 2010

Lima cara syukuri nikmat




Sekiranya kita dapat sesuatu yang di kurniakan oLeh Allah kita haruslah bersyukur segala nikmat yang diberi.....pada kali ni kita tgok bagaimana bentuk syukur yang kita harus lakukan.....

terdapat 5 cara mensyukuri nikmat iaitu :-

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Dengan itu, kita perlu la sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan supaya kita tidak lupa segala yang dikurniakan adalah dari ALLAH..

Thursday, February 11, 2010

Koleksi Dayana (Idola Kecil 2)

Hari nie aku nak tunjukkan bakat2 Dayana iDola Kecil 2....cute sangat..i Like her...baru umo 10 tahun...tp suara fuhhh..!!mcm org dah lame nyanyi...mmg wajib pon dye menang....ok Jom kite layan Video2 dye ok....have fun...!! (^^,)


DAYANA DALAM PERTANDINGAN BINTANG KECIL 08'




DAYANA - I WILL SERVIVE





DAYANA- AYAT-AYAT CINTA




JUARA..!!!! DAYANA...




Ok tu je yang leh saya tunjukkan...comel kan...sweet..ok la bYe....

Monday, February 8, 2010

Inovasi Bedak Sejuk.



Dalam setiap perincian menjaga kecantikan, wanita amat menitikberatkan produk atau bahan yang mampu memberikan kesan secara maksimum. Biasanya produk yang tidak mengandungi bahan kimia menjadi pilihan kerana risiko alahan agak kecil. Justeru itu, Moden vs Tradisional kali ini menampilkan produk kecantikan yang masih mendapat tempat di hati golongan wanita iaitu bedak sejuk.

Sebelum kewujudan produk-produk kecantikan moden, golongan wanita menggunakan bedak sejuk untuk mengekalkan kecantikan wajah. Tetapi sehingga ke hari ini, ia masih digunakan lagi tetapi diberi suntikan nafas baru terhadap bahan kandungannya.

TRADISIONAL:

Jika dahulu, bedak sejuk dihasilkan menggunakan beras yang dimasak sehingga menjadi nasi. Kemudian ia dilenyek sehingga hancur lumat. Setelah itu, nasi yang telah dilenyek hancur itu dikeringkan sehingga menjadi kepingan-kepingan halus. Untuk menggunakannya, kamu perlu menambah sedikit air sebelum disapu rata pada wajah kamu. Dalam zaman yang serba moden ini, pelbagai produk telah melalui inovasi termasuk bedak sejuk. Inovasi telah menjadikan bahan kandungan bedak sejuk lebih berkualiti.

MODEN:

Kecanggihan teknologi telah mengubah cara penghasilan dan bahan kandungan bedak sejuk. Yang terdapat di pasaran kini, rata-ratanya dihasilkan melalui kecanggihan teknologi untuk memprosesnya. Dari segi bahan kandungan pula, terdapat bedak sejuk yang dicampurkan dengan susu kambing dan sebagainya membuatkan bedak sejuk tetap menjadi pilihan golongan wanita yang tidak suka memilih produk kecantikan yang dihasilkan dengan bahan kimi

Wednesday, February 3, 2010

Siapa Takbur Dia Dikeji

Mansur bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah;

* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tdak akan peduli keaiban orang lain.
* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.
* Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.
* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.
* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).
* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
* Sesipa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
* Sesiapa yang tidak menggunaka akalnya, dia akan dihina.
* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara),dia akan berasa jemu.
* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati
* Sesiapa yang tahu ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
* Sesiapa yang bersahabat dengan oramg rendah akhlak, dia dipandang hina.

Friday, January 29, 2010

Diet oh Diet.....


Terdapat banyak Diet yang Leh korang iKot.....




The Zone Diet

Diet ini menyarankan makanan yang tinggi protein. Tujuannya, semakin tinggi protein, maka rasa lapar akan semakin ditekan dan akhirnya berat badan boleh berkurangan. Bagaimanapun, diet ini masih membenarkan pengambilan karbohidrat tinggi. Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun, walaupun anda masih mengambil makanan yang berlemak. ‘The Zone Diet’ juga menyarankan pengambilan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran.



South Beach Diet

South Beach Diet terbahagi kepada tiga tahap iaitu penurunan berat badan secara tepat, penurunan berat badan lanjutan dan pengekalan berat badan. Tahap pertama adalah masa untuk membataskan pengambilan karbohidrat. Namun, tidak semua karbohidrat perlu dihindari, hanya karbohidrat yang ‘buruk’ seperti kentang dan roti. Pada tahap ini mereka yang berdiet perlu makan tiga kali sehari serta mengambil snek di antara waktu makan. Saiz hidangan perlu dikurangkan. Lakukan diet tahap pertama ini bagi tempoh minimum dua minggu hingga sebulan. Setelah dua minggu menjalani tahap pertama berat badan akan turun di antara , 5 hingga 6 kilogram.

Tahap kedua diet ini ia mensasarkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan iaitu di antara 0.5 kh hingga 1 kg seminggu. Pada tahap ini anda boleh mengambil karbohidrat kembali tetapi mestilah yang ‘baik’ seperti bijirin dan kekacang. Beberapa jenis makanan seperti roti, kentang, dan lobak merah, tembikai, mangga dan pisang masih perlu dihindari.

Setelah menyelesaikan tahap pertama dan kedua, tahap selanjutnya adalah mengekalkan berat badan. Tahap ini bertujuan untuk menjaga berat badan supaya tidak naik atau turun lagi. Pada masa ini, anda lebih bebas memilih makanan yang ingin diambil. Sebaik mungkin, hindari snek yang memudaratkan kesihatan. Sebaiknya pilihlah kekacang sebagai sumber lemak dan protein. Beberapa jenis beras merah dan perang adalah pilihan yang tepat.



Hay Diet

Hay Diet merupakan diet berasaskan kombinasi makanan yang diformulasikan oleh Dr. William Hay. Diet ini membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang hanya boleh diambil pada satu-satu masa seperti protein, karbohidrat dan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Komponen pemakanan dari bahan semulajadi ini boleh diambil bersama-sama komponen makanan utama tadi. Buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk diambil bersama bijirin untuk sarapan pagi.

Makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari kerana protein mengambil masa yang lama untuk dihadam berbanding karbohidrat. Makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan yang mengandungi protein dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan. Salad, sayuran dan buah-buahan seharusnya dijadikan menu utama ketika anda berdiet. Protein, karbohidrat dan lemak hendaklah diambil dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, anda dilarang sama sekali makan makanan segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.



Diet rendah kalori

Diet jenis ini mengkehendaki anda makan secara teratur. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.

Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat.

Selain daripada mengatur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak 3 - 4 kali seminggu.